Delivery & Fulfilment · 2 min read

Lalamove Delivery Is Coming to MariBuy

MariBuy sedang membina integrasi Lalamove supaya seller boleh urus quote, booking dan kemas kini penghantaran dari flow order yang sama.

Nov 25, 2026

Penghantaran yang lebih tersusun sedang dalam perjalanan

Kami sedang menyediakan integrasi Lalamove untuk MariBuy. Matlamatnya mudah: apabila pelanggan membuat order, seller akan dapat mengurus penghantaran dalam aliran order yang sama — tanpa perlu salin maklumat pelanggan berulang kali.

Apa yang kami bina dahulu

Fasa pertama membolehkan seller menyimpan lokasi pickup dan menyediakan akaun Lalamove mereka dengan selamat. Seterusnya kami akan menambah quotation penghantaran, booking oleh seller, dan status penghantaran yang dikemas kini secara automatik.

Apa yang pelanggan boleh jangkakan

Apabila ia dilancarkan, pelanggan akan tetap memilih delivery semasa checkout. Seller akan menyemak order, sahkan stok dan penghantaran, kemudian book rider pada masa yang sesuai. Kami tidak akan membuat booking automatik tanpa pengesahan seller.

Belum aktif untuk booking live

Integrasi ini sedang dibina secara berfasa. Harga, liputan kawasan, ketersediaan rider dan caj penghantaran akan sentiasa bergantung kepada Lalamove dan maklumat order sebenar. Kami akan umumkan apabila quotation dan booking live tersedia.

Sementara itu, teruskan guna pilihan delivery dan WhatsApp di MariBuy seperti biasa.

Dah ada produk untuk dijual?

Bina kedai WhatsApp anda di MariBuy dan letakkan link di bio Instagram/TikTok.

Bina Kedai Percuma

Related articles

Baca seterusnya

Link in Bio · 2 min

Cara Guna Link-in-Bio Untuk Seller Kecil

Susun satu link utama untuk Instagram, TikTok dan WhatsApp supaya pelanggan tidak keliru bila mahu tengok produk, order atau hubungi anda.