Kewajipan seller
Seller wajib menyediakan listing yang benar, gambar dan deskripsi yang tidak mengelirukan, harga yang tepat, stok yang munasabah dan maklumat delivery yang jelas.
Fulfilment dan komunikasi
Seller bertanggungjawab memenuhi pesanan, membalas WhatsApp atau chat secara munasabah, mengurus perubahan order, menyelesaikan aduan produk dan menyimpan bukti transaksi.
Harga dan promosi
Seller bertanggungjawab terhadap harga, diskaun, caj delivery, cukai atau caj lain yang dinyatakan kepada buyer. Promosi tidak boleh mengelirukan.
Pemilikan produk
Seller mengekalkan pemilikan dan risiko produk mereka sehingga transaksi dengan buyer diselesaikan mengikut syarat seller dan undang-undang terpakai.
Tindakan platform
MariBuy boleh menurunkan ranking, menyembunyikan listing, meminta pembetulan, menggantung kedai atau menamatkan akses seller jika berlaku pelanggaran polisi.
MariBuy ialah fasilitator platform marketplace. Seller bertanggungjawab terhadap produk, harga, stok, komunikasi, penghantaran dan pematuhan undang-undang bagi kedai masing-masing kecuali MariBuy menyatakan sebaliknya secara bertulis.