Tanggungjawab buyer
Buyer perlu memberikan nama, nombor telefon, alamat, pilihan delivery dan maklumat pesanan yang tepat.
Komunikasi
Buyer perlu berkomunikasi secara hormat dengan seller dan support MariBuy, serta tidak membuat ugutan, spam, gangguan atau laporan palsu.
Bayaran
Buyer bertanggungjawab membuat bayaran mengikut jumlah dan kaedah yang dipersetujui, menyimpan bukti pembayaran dan memaklumkan seller jika transaksi gagal atau tertangguh.
Semakan produk
Buyer digalakkan menyemak listing, variasi, saiz, kuantiti, polisi delivery dan refund seller sebelum membuat pembelian.
MariBuy ialah fasilitator platform marketplace. Seller bertanggungjawab terhadap produk, harga, stok, komunikasi, penghantaran dan pematuhan undang-undang bagi kedai masing-masing kecuali MariBuy menyatakan sebaliknya secara bertulis.